Oleh TARMIZI MOHD JAM
Selayang, 27 Jun: Profesor Dr. Abdul Aziz Bari memberikan beberapa pandangan tajam untuk Pakatan Rakyat bertindak dalam usahanya menukar kerajaan BN yang ada sekarang kepada kerajaan baru. Ikuti interbiu saya bagi pihak Harakah dengan beliau di kediamannya.
Di antara kedua-dua cara itu - yakni usul undi tidak percaya atau menarik sokongan dari pihak kerajaan - mana yang lebih baik?
Pada saya, kedua-dua formula ini kesannya sama; yakni menjatuhkan kerajaan. Soal mana yang lebih baik bergantung kepada keadaan dan senario politik yang ada. Di dalam keadaan seperti di Malaysia ini saya fikir memujuk ahli-ahli parlimen Barisan adalah lebih baik kerana risikonya lebih kecil. Risiko membawa usul undi tidak percaya di dewan agak besar kerana ia mungkin gagal. Berbeza dengan keadaan di negeri pada 1962 dan 1994 itu kita berhadapan dengan sebuah kerajaan yang mempunyai media massa dan pelbagai cara untuk mengugut dan mengelirukan orang. Kecuali Kelantan pada 1977 semua insiden yang saya sebutkan di atas didalangi dan diatur oleh Umno dan Perikatan atau Barisan Nasional.
Nampaknya Barisan Nasional tidak konsisten dalam kedua-dua soal ini; sekurang-kurangnya kalau kita mengimbas apa yang berlaku pada 1994 di Sabah dan di negeri-negeri yang kerajaannya ditumbangkan melalui undi tidak percaya.
Benar, itulah hakikat yang sukar dinafikan. Pada 1962 Umnolah yang sebenarnya menjadi dalang membeli dan memujuk ahli-ahli dewan dari Pas supaya berpaling tadah dan menyertai mereka. Kita juga tahu Umno menggunakan taktik yang sama di Kelantan selepas pilihan raya umum 2004 tetapi gagal. Di Sabah juga Umno menjadi dalang di sebalik perletakan jawatan oleh kerajaan PBS setelah ahli-ahlinya menyeberang ke pihak Barisan. Begitu juga dengan undi tidak percaya di Sarawak pada 1966 yang sebenarnya didalangi oleh Perikatan yang mahu menjatuhkan kerajaan pimpinan Ketua Menteri Datuk Stephen Kalong Ningkan. Ini diikuti dengan apa yang dilakukan oleh kepemimpinan Umno untuk menjatuhkan Datuk Harun Idris sebagai Menteri Besar Selangor pada 1976. Melihat kepada ini semua sebenarnya Umno dan Barisan Nasional tidak punya alasan untuk mempertikai dan menolak, sama ada usul undi tidak percaya atau lompat parti. Mereka biasa dan pernah melakukannya. Tetapi jelas kali ini kedua-dua cara itu tidak selari dengan kedudukan dan kemelut yang mereka hadapi. Sebab itu Umno meronta-ronta dan cuba melepaskan diri: dulu orang yang lain jadi mangsa tetapi kali ini mereka sendiri yang di dalam bahaya.
Dalam kemelut politik ini apa relevannya pembubaran dewan sebagai penyelesaian atau jalan keluar?
Pembubaran dewan bermaksud pilihan raya. Bagaimanapun di sisi undang-undang ini adalah kuasa Yang di-Pertuan Agong. Kuasa ini adalah kuasa budibicara dan ini bermakna kerajaan tidak mempunyai cara untuk memaksa atau mempengaruhi baginda. Dengan senario yang kita lihat di atas pilihan raya tidak perlu.
Di sisi undang-undang pilihan atau alternatif ini perlu diputuskan mengikut kenyataan dan senario yang ada. Ini tidak boleh dilakukan sesuka hati. Yang jelas pilihan raya memakan biaya yang besar dan ia harus dielakkan sedapat yang mungkin. Selain itu saya ragu kita dapat mengadakan sebuah pilihan raya yang adil dan telus. Ini juga perlu dipertimbangkan. Melihat kepada kepincangan yang ada di dalam sistem pilihan raya kita faham mengapa SPR dan Barisan begitu bersungguh-sungguh mahukan ia diadakan.
Bagaimanapun apabila harga barang dan harga petrol naik mereka tiba-tiba membisu. Saya fikir mereka sedar bahawa dengan perubahan senario pilihan raya tidak lagi menguntungkan mereka. Malah mungkin berbahaya dan mungkin membawa “maut”. Apa pun saya tidak hairan jika kerajaan Barisan memikirkan soal kepentingan mereka kerana mereka adalah ahli politik. Tetapi wajarkah pihak SPR juga berfikiran begitu?
SPR sepatutnya membuat keputusan berdasarkan undang-undang. SPR tidak harus menari mengikut gendang Barisan. Saya terkejut apabila SPR bercakap soal pilihan raya yang jelas disukai oleh Barisan sebelum harga petrol menjulang naik

3 comments:
Perisikan tentera nafi beri maklumat pada Anwar
Jul 4, 08 9:32pm
"Inilah Tajuk berita dari Malaysiakini.com.Berita dari Malaysiakini.com ini semakin menambah kekusutan keadaan yang sedia ada...dan menimbulkan tanda tanya.Apakah kenyataan itu benar? Jika benar..siapakah yang benar? Jika kedua-duanya salah kita boleh abaikan berita ini...tapi jika kedua-dua ini benar maka mungkin ada tangan asing yang cuba menyeludup masuk dalam sistem pertahanan negara ini bagi mewujudkan suasana permusuhan di antara dua pihak yang berkepentingan dan cuba menimbulkan huru-hara. Tangan asing ini nanti mungkin akan menangguk di air keruh dengan menawarkan bantuan...Ini adalah salah satu bentuk penjajahn baru"
Selamat Tahun Baru 2“00”9 :-)
Kite Pakat Undi BN Deh :-)
http://pro-faizal.blogspot.com
Takkan Melayu Hilang Di Dunia
http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com
Tiada ‘Hantu’ Di Kuala Terengganu ;-)
http://Forum1Malaysia.blogspot.com
Post a Comment