Oleh ARIFFUDDIN ISHAK
Petaling Jaya, 11 Jun: mSTAR.Online melaporkan, keputusan 'memecat' Tan Sri Sanusi Junid daripada jawatan Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) tidak melibatkan campur tangan Kementerian Pengajian Tinggi.
Menterinya, Datuk Seri Khaled Nordin berkata, tindakan itu adalah di bawah bidang kuasa Ketua Perlembagaan universiti itu iaitu Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah.
“UIA tidak tertakluk kepada Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU). Mereka ada perlembagaan sendiri yang kuasanya tertakluk kepada Ketua Perlembagaan,” katanya kepada mStar Online.
Ditanya sama ada pelantikan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan sebagai Presiden UIA yang baru dibuat berdasarkan cadangan KPT, Khaled menafikan perkara tersebut.
“Sultan Pahang tidak perlu merujuk KPT untuk membuat lantikan. Baginda ada hak untuk melantik sesiapa sahaja yang layak untuk jawatan itu,” katanya.

No comments:
Post a Comment