Wednesday, June 11, 2008

Minyak Naik: Kerajaan BN Sedang Kelirukan Rakyat...

Oleh MOHD SHAH RASHID

Kuala Lumpur, 11 Jun: Ketua Penerangan PAS Pusat, Mahfuz Omar mempersoalkan kenaikan harga bahan api secara mendadak yang diumumkan oleh kerajaan minggu lepas bukan sekadar menggemparkan rakyat, tetapi menimbul persoalan di benak rakyat apakah wajar kenaikan ini berlaku.
Katanya, semua rakyat tahu tentang kenaikan harga minyak dunia yang sudah melebihi USD130 setong. Tetapi rakyat bertanya bukankah Malaysia adalah pengeluar dan pengeksport minyak yang telah mengaut untung besar kesan kenaikan ini.
Sebelum ini pun Menteri Kewangan II pernah menyebutkan tentang rahmat kenaikan harga minyak yang boleh menambahkan pendapatan negara berkali-kali ganda.
Yang anehnya, jelas Mahfuz, para menteri dan media massa lebih betah memperkatakan kesan-kesan kenaikan subsidi kepada pembangunan negara ekoran kenaikan harga minyak. Menteri Pengajian Tinggi misalnya menggambarkan kepada rakyat bahawa RM800 juta terpaksa dikurangkan daripada peruntukan untuk kementerian tersebut kerana membiayai subsidi. Benar atau tidak itu soal kedua.
Yang penting katanya, rakyat harus diberitahu bahawa Negara kita mendapat keuntungan berganda daripada kenaikan harga minyak ini. Adakah wajar kita menggambarkan kenaikan ini sebagai satu musibah semata-mata kerana terpaksa menaikkan harga minyak, sedangkan ia patut dilihat sebagai rahmat kerana kita pengeksport minyak yang layak menjual dengan harga lebih murah kesan keuntungan berganda ini.

Bacaan Selanjutnya di Tranungkite.Net

No comments: