Wednesday, June 11, 2008

Pengirim SMS 'Debat Harga Minyak RTM1' Maki Kerajaan

Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB

Kuala Lumpur, 11 Jun: Harakah melaporkan, rata-rata pengirim sistem pesanan ringkas (SMS) dalam rancangan debat 'Penstrukturan Subsidi Minyak' di RTM1 malam tadi mengirin SMS memaki hamun kepada kerajaan.
Debat yang dianjur RTM1 jam 9.00 malam tadi menampilkan Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub; Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Dato' Shahrir Samad selain dua wakil media, Hanafiah Man dan Syed Munawar.
Antara isu yang diperkatakan melalui SMS tersebut ialah bagaimana kerajaan dilihat tergesa-gesa dalam menaikkan harga minyak yang sekaligus akan mengakibatkan kenaikan harga barangan keperluan.
Ada juga pengirin SMS yang menyatakan bahawa tindakan kerajaan ini hanya akan mengakibatkan rakyat terus berada dalam kemiskinan.
Selain itu ramai pengirim SMS yang menyatakan menteri-menteri hanya pandai bercakap mengenai rasional kenaikan harga minyak dengan pelbagai alasan.

Bacaan Selanjutnya di Harakahdaily.Net

No comments: