Thursday, June 12, 2008

Penarik Beca jawab keresahan Tarmizi Mohd Jam (TMJ)

Oleh M FADHLOL HADI

Kuala Lumpur, 12 Jun:
Penarik Beca cuba menjelaskan tentang kerehan yang ditimbulkan oleh Bloggers Sanggahtoksago.Com, Tarmizi Mohd Jam dalam pertemuannya dengan beliau pagi semalam. Berikut penjelasan Penarik Beca yang tersiar pada Blog Penarik Beca.
Bila terbaca artikel Zulkifli Sulong dalam Malaysian Insider bertajuk "Cerita yang sepatutnya bukan cerita," baru saya teringat undian yang saya buat dalam blog ini sebenarnya telah ditutup pada 31 Mei lalu. Keputusannya seperti di bawah. Saya hanya meninjau pandangan orang. Tidak ada komen. Bak kata orang sekarang, "Sendiri mau ingat la".
Saya lebih suka "Sendiri mau ingat la". Saya hanya menyampaikan apa yang saya tau. Baik dan buruk bukan saya yang menghakiminya. Kalau rasa blog ini buruk dan busuk serta penuh dengan pembohongan, hampung, maharaja fitnah (suka hati hampalah nak kata apa pun, peduli apa aku), itu urusan hati orang dan saya bukanlah Yang Membolak-balikkan hati manusia.
Pagi tadi kebetulan berjumpa TMJ (Tarmizi Mohd Jam) di Restoran Thaqwa. Dia kata tulisan saya dalam posting bertajuk "Perjanjian Pangkor terbatal" memberi gambaran bahawa saya berbohong. Sebabnya ialah ayat berikut:
Dalam perbualan dengan Ustaz Ahmad Awang yang dikasihi baru-baru ini, nak sangat saya memohon maaf dan menyatakan sebab-sebab mengapa saya menulis mengenai "Perjanjian Pangkor" secara terbuka dalam blog ini.
Dia kata saya patut jelaskan. Tak pa la, sebagai menghormati kawan saya jelaskan.
Saya tulis, saya nak memohon maaf kerana "menulis mengenai 'Perjanjian Pangkor' secara terbuka". Menulis secara terbuka, bukan kerana saya berbohong dalam tulisan itu, menyebarluaskan khabar angin, menabur fitnah atau apa saja seerti dengannya.

Bacaan Lanjut di Blog Penarik Beca

No comments: