Thursday, June 12, 2008

Petrol naik 78 sen, diesel naik RM 1, rakyat masih diam?


Oleh IRWAN ZAMRI

Kuala Lumpur, 12 Jun:
Amin Iskandar mengulas dalam blognya
Aminiskandar@Black berkenaan kenaikan harga minyak yang mendadak "tidak direspon" segera oleh rakyat. Katanya, dengan “ganas”nya kerajaan BN menaikkan harga minyak secara besar-besaran. Petang tadi, Abdullah Badawi membuat pengumuman yang telah menyebabkan stesen-stesen minyak dipenuhi oleh pengguna-pengguna yang berebut-rebut untuk membeli minyak dengan harga RM 1.92 seliter buat kali terakhir.
Pengumuman mengejutkan. Dengan secara tiba-tiba rakyat dikejutkan bahawa harga minyak akan dinaikkan selepas jam 12 malam ini. TV3 milik Media Prima kroni kepada Abdullah Badawi melaporkan ada stesen-stesen minyak yang sudah mula tutup dengan alasan minyak telah habis. Ini perkara biasa, minyak dikatakan telah habis oleh kerana mereka ingin mendapat untung jika menjual selepas jam 12 malam ini.
Tahun lalu dalam sebuah forum yang bertajuk Jenayah dan Rasuah: Malaysia Dalam Bahaya, Naib Presiden PAS meramalkan bahawa kerajaan akan menaikkan harga minyak sebanyak 70 sen selepas pilihanraya umum ke 12. Klik disini. Hampir tepat ramalan pemangku Menteri Besar Kelantan itu.
Dengan pengstrukturan subsidi yang baru, kerajaan dikatakan akan dapat menjimatkan wang sebanyak RM 4 billion.
Diantara persoalan yang harus ditimbulkan ialah kemana wang ini akan pergi? Untuk pembangunan? Pembangunan untuk rakyat atau untuk syarikat kroni, anak dan menantu?

Bacaan Lanjut di Blog Amin Iskandar

No comments: