Wednesday, June 11, 2008

Saya dipecat kerana desakan PM - Sanusi

Oleh AZAMIN AMIN

Kuala Lumpur,11 Jun: Harakah melaporkan, bekas Naib Presiden Umno, Tan Sri Sanusi Junid memberitahu bahawa pemecatan beliau selaku Presiden Universiti Islam Antarabangsa (UIA) adalah atas desakan dan nasihat Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Beliau menjelaskan tidak mungkin Sultan Pahang selaku Ketua Perlembagaan UIA memecat beliau kerana berdasarkan perlembagaan UIA, baginda hanya akan bertindak atas nasihat 'host member' yang bermaksud negara tuan rumah iaitu Perdana Menteri.
"Hubungan saya dengan Sultan Pahang cukup akrab dan amat baik. Tak mungkin tindakan ini dibuat atas kehendak Tuanku sendiri...Jangan cuba nak melaga-lagakan antara saya dengan Raja,"katanya dalam satu sidang media di Bangsar petang semalam.
Sehubungan itu, beliau percaya, keputusan menamatkan perkhidmatannya selaku Presiden UIA dibuat oleh Sultan Pahang atas nasihat Perdana Menteri seperti yang dinyatakan dalam Perkara 20 (iii) perlembagaan univerisiti antarabangsa itu.
Sanusi memaklumkan, beliau menerima surat pemberhentian serta-merta yang bertarikh 2 Jun sekembalinya daripada luar Negara pada 9 Jun lalu.

Bacaan Selanjut di
Harakahdaily.Net

No comments: