Wednesday, June 11, 2008

Sanusi Tidak Percaya Sultan Pahang Bertindak Sendiri!

Oleh M FADHLOL HADI

Kuala Lumpur, 11 Jun: Agendadaily melaporkan, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin menegaskan, keputusan menamatkan perkhidmatan Tan Sri Sanusi Junid sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa (UIA) adalah keputusan dan hak Sultan Pahang selaku Ketua Perlembagaan universiti itu.
Katanya, keputusan tersebut adalah keputusan Sultan Pahang dan beliau tidak mempunyai ulasan lanjut mengenai perkara berkenaan.
Ditanya dakwaan Sanusi bahawa tindakan Sultan Pahang itu dibuat kerana adanya desakan daripada kerajaan, Khaled berkata : "Itu kena tanya Sultan Pahanglah…saya tidak boleh memberikan jawapan bagi pihak Sultan Pahang,” ulasnya ringkas ketika dihubungi oleh Agendadaily.
Berita awal: Persoalan mengenai kedudukan Tan Sri Sanusi Junid sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa (UIA) hari Selasa terjawab apabila beliau mengesahkan telah menerima surat penamatan khidmatnya di universiti berkenaan.
Namun pada sidang medianya di Kuala Lumpur petang Selasa, Sanusi berkata, tidak mungkin Sultan Pahang selaku Ketua Perlembagaan UIA memecat beliau kerana berdasarkan perlembagaan UIA, Ketua Perlembagaan hanya akan bertindak atas nasihat negara tuan rumah (dalam konteks ini negara tuan rumah bermaksud Perdana Menteri).
Beliau mendakwa hubungannya dengan Sultan Pahang " cukup baik".

Bacaan Selanjut di Agendadaily.Com

No comments: