Oleh TARMIZI MOHD JAM
Kuala Lumpur, 12 Jun: Pencalonan oleh ketiga-tiga parti PAS, DAP dan PKR Perak kepada pihak Istana untuk mengisi kerusi Menteri Besar bukan sahaja unik tetapi amat luar biasa dan tidak pernah terjadi sebelum ini.
Namun pelbagai ujian getir terpaksa dilalui oleh PAS Perak khususnya Datuk Seri Ir. Mohd Nizar Jamaluddin, selaku Menteri Besar Perak untuk meloloskannya mengetuai sebuah kerajaan negeri yang baru dikuasai oleh Pakatan Rakyat.
Demikian diimbau kembali Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Haji Ahmad Awang yang juga Naib Presiden PAS dalam satu wawancara Harakah baru-baru ini.
Wawancara penuh boleh diikuti pada muka surat 18 & 19 Harakah Bil 1361 / 16-30 Jun 2008
Setelah Raja Muda, Raja Dato' Seri Nazrin Shah memanggil ketiga-tiga calon Menteri Besar, kata Ahmad Awang, timbul ancaman dari Lim Kit Siang untuk memboikot majlis angkat sumpah setelah setengah jam Istana memperkenan Ir. Nizar sebagai Menteri Besar.
“DAP menarik balik cadangan boikot itu setelah malam itu kami berunding kemudian mengadap Raja Muda dan keluar lebih kurang pukul 12.00 malam itu DAP akan hadir malah Lim Kit Siang pun bersetuju untuk hadir (angkat sumpah),” ujar beliau lagi.
Kira-kira dua jam lagi majlis angkat sumpah akan dilangsungkan, jelas Ahmad Awang, PKR pula istihar boikot hingga menyebabkan pihak Istana akhirnya meminta semua 31 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat membuat surat ikrar menyokong perlantikan Menteri Besar dan pembentukan kerajaan campuran tiga parti atas nama individu mereka sebagai Adun.
Mengulas lanjut, Ahmad Awang menyifatkan Istana berpuashati dengan ke semua surat ikrar Adun dan akhirnya manjlis angkat sumpah Menteri Besar diadakan pada 17 Mac lalu dengan dihadiri oleh semua Adun termasuk DAP, PKR dan Lim Kit Siang sendiri.
Ahmad Awang menyifatkan, peristiwa politik yang paling penting dalam proses perlantikan Ir. Nizar di Perak ialah sikap Lim Kit Siang yang selama ini dilihat begitu keras pendiriannya, akhirnya boleh mengadap Sultan memohon ampun bagi menyelesaikan kemelut yang timbul.

No comments:
Post a Comment