Thursday, June 12, 2008

Elaun Keraian - Selangor potong, Perak tidak?


Oleh MOHD SHAH RASHID

Ipoh, 12 Jun:
Blog Al-Hussyen mengemukakan komen, dua MB dari Selangor dan Perak - Dua kerajaan Pakatan Rakyat tetapi tidak sehaluan dalam isu pemotongan elaun keraian; kenapa gitu?
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajan negeri Selangor akan mengikut jejak kerajaan negeri Terengganu dan Melaka untuk memotong 10 peratus elaun keraian ahli exconya sebagaimana yang dilakukan oleh kerajaan Persekutuan.
"Mungkin kita akan mengemukan cadangan yang lebih besar (potongan lebih 10 peratus). Kita akan umumkannya nanti selepas ia diputuskan.” kata Khalid.
Dalam perkembangan lain, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Nizar berkata : Kerajaan Perak tidak akan memotong 10 peratus elaun anggota exconya. Beliau berkata kerajaan negeri telah lebih awal membuat penjimatan dengan tidak membuat pembelian kereta rasmi kegunaan exco.
"Kereta-kereta Proton Perdana yang digunakan sekarang patut ditukar kerana sudah lebih lima tahun usia (dan) kelulusan telahpun dibuat oleh kerajaan negeri sebelum ini tetapi kita tidak meneruskan pembelian baru," katanya.

Laporan lanjut di
Blog Al-Hussyen

No comments: