Thursday, June 12, 2008

Hapuskan Bayaran Letak Kereta disemua pejabat kerajaan

Oleh MANAN GHANI

Kuala Lumpur, 12 Jun:
PAS Kawasan Batu mendesak semua kerajaan negeri dan Persekutuan diminta memansuhkan bayaran tempat letak kereta (parking) di pejabat-pejabat atau kompleks kerajaan bagi memudah dan meringankan bebanan rakyat yang memilih kerajaan berkenaan termasuk dari Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat.
Menurut Ketua Penerangannya, Tarmizi Mohd Jam, sepatutnya pihak kerajaan khususnya BN telah lama memikirkan hal ini kerana rakyat yang memilih mereka hingga menjadi sebuah kerajaan tidak wajar "dicukai" di tempat letak kereta atas sebarang urusan dengan kerajaan yang dipilihnya itu.
Tindakan yang berterusan itu, makin membebankan rakyat ekoran kenaikan harga minyak yang drastik dan wajar bayaran tempat letak kereta ini dihapuskan kerana ia begitu mahal bagi mereka yang berpendapatan rendah yang sarat dengan pelbagai bebanan kewangan terutama di Lembah Klang.
Tarmizi juga menyokong penuh syor MCA Selangor agar kerajaan memansuhkan terus cukai jalan untuk semua kenderaan dan tol bukan sahaja seluruh Selangor tetapi bagi seluruh negara. Syor tersebut yang dicadangkan oleh Pengerusi Perhubungan MCA Selangor yang juga Menteri Pengangkutan, Datuk Ong Tea Kiat.
PAS Kawasan Batu katanya, tetap menyokong apa sahaja usaha dan syor yang boleh memberi impak sejahtera untuk rakyat sekalipun ia datang dari MCA. Beliau berharap, kerajaan dapat menerima syor tersebut tanpa banyak alasan demi kebaikan rakyat semua.

No comments: