Wednesday, June 11, 2008

Rakyat Lebih yakin Anwar Bersama PKR

Oleh MUHAMAD NA'IM

Kuala Lumpur, 11 Jun: Suara KeAdilan melaporkan, Ketua Angkatan Muda KeADILan, Shamsul Iskandar Mohd Akin, menyatakan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan Anwar Ibrahim di bawah panji KeADILan dan Pakatan Rakyat.
Menurut Shamsul, ianya telah dibuktikan dengan keputusan Pilihanraya Umum Ke-12 8 Mac lepas, ditambah dengan gelodak kebangkitan rakyat yang diperlihatkan melalui reaksi negatif rakyat ke atas beberapa keputusan kerajaan yang membebankan rakyat.
Beliau berkata sedemikian ketika menyelar kenyataan Pengarah Institut Pengajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr. Shamsul Amri Baharuddin bahawa Anwar Ibrahim akan membuat permohonan menyertai semula Umno.
Menurut Shamsul, kenyataan beliau yang menyusul selepas reaksi Tun Mahathir Mohamad yang mengandaikan perkara demikian boleh disifatkan sebagai kenyataan yang berunsur mala fide dalam keadaan Anwar telah menyatakan dengan jelas mengenai komitmen beliau dan hala tuju Malaysia di bawah pimpinan KeADILan dan Pakatan Rakyat.
“Umno kini boleh diibaratkan sebagai kapal yang hampir tenggelam kerana wujudnya kepimpinan lemah yang parah dengan rasuah dan salahguna kuasa, di samping kegagalan mereka menguruskan ekonomi negara dengan baik.
“Justeru adalah sangat dangkal untuk mengandaikan Dato’ Seri Anwar kembali menyertai Umno untuk mengemudi perubahan negara,” katanya lagi dalam kenyataan yang diterima Suara Keadilan semalam.

2 comments:

odeen said...
This comment has been removed by the author.
odeen said...

Maaf sumber yang saya nyatakan dari "Utusan Malaysia" untuk komen saya(odeen) di atas adalah silap yang sebenarnya ialah "Malaysiakini.com".Harap maaf dan maklum dgn kesilapan ini